Pindah Banjir lagi Di Tahun Baru

Pada 12 Januari 2012 (Khamis) jam 6.00 petang, Pusat Pemindahan Banjir Jaya Gading beroperasi lagi setelah ditutup sebulan yang lalu.

Hujan lebat yang berlarutan selama 2 hari menyebabkan beberapa rumah di kawasan rendah dan berhampiran paya di Padang Jaya dan Jalan Zainuddin telah dinaiki air kerana banjir kilat.

Bilik Gerakan Banjir Jaya Gading dibuka jam 7.30 malam dan sehingga jam 10.00 malam Pusat Pemindahan Banjir Jaya Gading telah menempatkan 44 orang mangsa banjir daripada 11 keluarga yang berpindah akibat bencana alam tersebut.

Lagi berita banjir, klik pada sumber berkaitan :-