Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)


Majlis Penyampaian Baucer Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) telah diadakan di Dewan Jubli Jaya Gading pada 31 Januari 2012 (Selasa).

Kaunter Pendaftaran BR1M yang kendalikan oleh Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Pekan telah dibuka pada jam 9.00 pagi. Kaunter pendaftaran ini dijangka menerima pendaftaran dari 551 orang penerima BR1M. Penerima yang terlibat adalah dari Kampung Jaya Gading meliputi Padang Jaya, Bandar Baru Jaya Gading Padang Garuda dan Desa Sungai Pelung. Termasuk juga dari Kampung Seri Damai, Batu 7, Kem Batu 10 dan Batu 12.

YB. En. Khairuddin Bin Haji Mahmud, ADUN Kawasan Pulau Manis telah menyempurnakan Majlis ini pada jam 10.00 pagi dan seterusnya menyampaikan Baucer BR1M. Proses penerimaan baucer, semakan dan penukaran tunai telah berjalan lancar dan teratur atas kawalan Polis Daerah Kuantan (Balai Polis Jaya Gading) dengan bantuan RELA Jaya Gading dan Seri Damai. Manakala urusan semakan baucer dan penukaran tunai telah diuruskan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) Kuantan.

JKKK Jaya Gading mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penerima BR1M yang telah memberikan kerjasama dan mengikut segala arahan bagi melicinkan perjalanan Majlis ini. Terima kasih juga kepada pihak Polis, RELA, BSN, Pejabat Tanah & Daerah Pekan, Wanita Jaya Gading dan semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan Majlis ini.





Pendaftaran Penerima BR1M












Penerangan Keselamatan oleh SM Nadzri Bin Atan, Ketua Balai Polis Jaya Gading.



Senario dalam Dewan







Keadaan luar Dewan








Penyampaian Baucer BR1M









Kaunter Pengesahan Baucer







Kaunter Tunai RM500